Cari:
Hasrat Negara-negara ASEAN Menarik Pelabur China melalui Ekspo Dunia 2010 di Shanghai
2010-05-06 16:42:30 CRI Cetak

(Dewan Pameran Malaysia untuk Ekspo Dunia 2010 di Shanghai)

Wartawan kami menyaksikan bahawa banyak negara ASEAN menyertai Ekspo Dunia 2010 di Shanghai. Mereka bukan sahaja mempromosikan destinasi pelancongan masing-masing, tetapi juga berharap dapat menarik pelaburan syarikat China melalui wahana tersebut.

Dalam majlis pembukaan dewan pameran Indonesia, Menteri Perdagangan negara tersebut, Puan Mari Elka Pangestu menyatakan bahawa pasaran domestik Indonesia semakin matang dan stabil. Suasana ekonomi dan pelaburan terus menjadi sempurna. Pihaknya berharap dapat menggalakkan kerjasama dan pertukaran ekonomi antara China dan negara lain dengan Indonesia melalui wahana ekspo dunia di Shanghai.

Bahan yang disediakan oleh dewan pameran Indonesia mengenai suasana perdagangan di negara tersebut juga menunjukkan bahawa China dan Indonesia saling melengkapi dalam ekonomi dan perdagangan. Sumber galian dan hasil pertanian kawasan tropika di Indonesia amat diperlukan dan diimport oleh China dalam jumlah yang besar. Manakala, mesin, bahan ubat-ubatan dan kapas dari China pula mempunyai pasaran di Indonesia.

Sekarang, China merupakan rakan dagang keempat terbesar bagi Indonesia. Sebanyak 700 syarikat China melabur di Indonesia. Misalnya, Syarikat Pelaburan China Berhad telah membeli hutang sebanyak 1.9 bilion dolar Amerika dari Syarikat Bumi, pengeluar arang batu terbesar di Indonesia pada tahun 2009. Sebagai salah satu penaja dewan pameran Indoensia, Kumpulan Artha Graha dari Jakarta, Indonesia khususnya menempatkan satu gerai untuk menarik pelabur. Pengurus hal ehwal perniagaan dari Artha Graha memaklumkan bahawa pihaknya telah mengadakan kerjasama dengan syarikat penanaman di provinsi Sichuan China pada tahun 2004, untuk menyebarkan padi kacukan di Indonesia.

Indonesia mempunyai penduduk yang sama padatnya dengan China, tetapi taraf pertaniannya lebih rendah dari China, terutamanya dalam penanaman padi, iaitu bahan makanan utama di Indonesia. Teknik kacukan padi yang kurang tersebar luas mengakibatkan negara tersebut gagal membekalkan beras yang mencukupi untuk sendiri. Oleh sebab itu, syarikat China dan Indonesia mempunyai peluang kerjasama yang amat besar.

Selain itu, Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen juga menyatakan bahawa ekspo dunia merupakan wahana promosi yang menyeluruh. Beliau berhasrat memberitahu kepada warga China bahawa Malaysia bukan sahaja merupakan destinasi pelancongan yang baik, tetapi juga merupakan pilihan yang bijak bagi pelaburan dan perdagangan.

"Berdasarkan perjanjian yang ditandatangani ketika Presiden China, Hu Jintao melawat Malaysia, kami akan mendorong kerjasama syarikat kedua-dua negara dalam kewangan. Misalnya, kami akan mendorong syarikat kedua-dua negara dipasarkan di bursa sekuriti pihak yang lain", demikian dinyatakan oleh pengarah Persatuan Persahabatan Malaysia-China yang juga setiausaha Jabatan Kewangan dan Pelaburan Malaysia, Johny Tai.

Dalam dewan pameran Kemboja, pengunjungnya akan mendapat sejilid risalah yang bertajuk "Dasar Pelaburan di Kawasan Pembangunan Ekonomi Khas Pelabuhan Sihanouk" selepas menikmati model Angkor Wat dan senyuman Khmer. "Saya sukar membayangkan bahawa Kemboja mempunyai kesedaran yang begitu kuat untuk menarik pelaburan. Ini merupakan barang pameran yang paling istimewa", kata seorang pengunjung dari Kumpulan Besi Keluli Wuhan China.

Menurut Johny Tai, syarikat China memperlihatkan hasrat yang kuat untuk melaksanakan pelaburan di luar negara untuk keluar daripada krisis kewangan. Dalam masa pemulihan ekonomi global yang akan datang, negara-negara ASEAN berhasrat menarik modal China di samping menarik pelancong dari negara ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China