Akhbar "International Daily" dalam rencananya menyatakan, pelaksanaan tema ekspo ini, ialah "Bandar yang lebih baik berikan kehidupan yang lebih baik", sememangnya satu cabaran yang agak besar bagi negara-negara membangun. Bagaimanapun, ia juga membuka peluang keemasan kepada pelbagai sektor. Oleh itu, kerajaan pelbagai tempat dan pertubuhan kalangan rakyat di Indonesia diharap dapat menggunakan peluang ini untuk memikirkan bagaimana boleh membawa kebahagiaan yang lebih besar kepada rakyat.
Akhbar "Kompas" dalam rencananya pula menyatakan, ekspo yang penuh suasana persabahatan dan rasa saling mempercayai ini, dipercayai akan memperkukuh azam rakyat China untuk memajukan pembangunan negara.








