Cari:
Indonesia Jadikan Ekspo Dunia Shanghai Platform Dorong Perdaganan Luar
2010-05-07 13:56:17 CRI Cetak
Ekspo Dunia Shanghai sudah dirasmikan. Menteri Penyelaras Ekonomi Indonesia, Hatta Rajasa dan Menteri Perdaganan Indonesia, Marie Elka Pangestu berkata di Dewan Pameran Indonesia bahawa Ekspo kali ini membuka peluang kepada Indonesia untuk menarik lebih banyak pelaburan dari luar negara dengan mempertingkatkan kerjasama perdagangan luar.

Hatta Rajasa berkata, negaranya akan menggunakan platform ini untuk mempamerkan budaya dan seni yang terbaik, produk yang bermutu tinggi, hasil penciptaan pintar serta sumber yang melimpah-ruah dari Indonesia kepada seluruh dunia. Ini akan membantu Indonesia menarik pelaburan dan mendorong kerjasama perdagangan luar.

Marie Elka Pangestu juga menyatakan, menerusi Ekspo Dunia ini, Indonesia akan mempamerkan pasaran Indonesia yang berpotensi tinggi kepada negara-negara asing untuk menarik pelaburan dan mendorong kemakmuran ekonomi kedua-dua pihak.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China