Cari:
Pavilion Pameran Thailand Menjadi Pavilion Dikunjungi Paling Ramai
2010-05-12 15:26:15 CRI Cetak

Pavilion pameran Thailand untuk Ekspo Dunia 2010 di Shanghai menjadi tumpuan ramai pengunjung sejak beroperasi. Setakat kelmarin, jumlah pengunjung ke pavilion pameran Thailand mencatat 261,980 orang.

Pavilion pameran Thailand menjadi salah sebuah pavilion yang dikunjungi paling ramai yang mempamerkan cara hidup negara tersebut melalui reka bentuk yang istimewa, "Visi Thailand". Selain pemandangan bangunannya indah dan menarik, tabir air raksasa dengan 360 darjah di dalam pavilion pameran juga menarik pengunjung untuk menembusi masa dan ruang serta menikmati sejarah negara Thailand.

Teater filem empat dimensi dalam pavilion pameran Thailand membolehkan pengunjungnya menikmati kegembiraan menyimbah air, mencium bau wangi bunga-bungaan dan buah-buahan yang segar di kawasan tropika.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China