Cari:
Pavilion Brunei dalam Ekspo Dunia: Sekarang untuk Masa Depan
2010-05-12 16:30:01 CRI Cetak

Selain daripada menonton pameran, para pengunjung ke pavilion Brunei juga boleh turut serta dalam aktiviti cabutan bertuah anjuran Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang menawarkan hadiah menarik, iaitu tiket kapal terbang pergi-balik percuma dari Shanghai ke Brunei. Di samping itu, Pavilion Brunei juga merupakan satu tempat untuk menjamu selera yang amat baik untuk pengunjung kerana beberapa jenis makanan dan minuman yang bercita rasa asli Brunei disediakan di sini, seperti teh tarik dan kopi tongkat ali.

Ekspo Dunia di Shanghai juga memberikan peluang kepada Brunei untuk mempromosikan sumber pelancongan dan beberapa destinasi pelaburannya yang berpotensi tinggi. Selepas menonton pameran tentang destinasi pelancongan yang terkenal di Brunei, ramai pengunjung tertarik untuk melawat ke negara itu dan menyaksikan dengan mata kepala sendiri pemandangan hutan tropika yang indah dan mempesona. Pegawai daripada Biro Pembangunan Ekonomi Brunei, Encik Sheikh Roshid Salam berkata, kebanyakan pengunjung adalah pelancong yang ingin tahu lebih banyak tentang Brunei. Selain itu, terdapat juga beberapa syarikat China yang ingin mengadakan urus niaga di Brunei. Kami pun berharap dalam jangka masa panjang, kerjasama anatara syarikat kedua-dua negara akan dipertingkatkan lagi dalam bidang pertanian, perikanan dan teknologi. Oleh itu, Ekspo Dunia ini memberikan peluang yang baik untuk meneroka ruang kerjasama antara satu sama lain.

Naib Presiden Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing(CPAFFC), Encik Feng Zuoku selepas mengunjngi pavilion Brunei berkata: "Ini adalah pavilion pertama yang saya lawati dalam Ekspo Dunia. Pavilion Brunei ini amat istimewa yang memaparkan negara itu secara menyeluruh, terutamanya dalam perkembangan sosioekonomi, pelancongan dan kebudayaan. Yang lebih menarik perhatian saya adalah usaha-usaha yang dilakukan oleh Persatuan Persahabatan Brunei-China juga dipamerkan di sini. Hal ini memperlihatkan sokongan kerajaan Brunei kepada usaha persatuan kalangan rakyat dalam mendorong perkembangan hubungan China-Brunei."


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China