Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang sedang mengadakan lawatan ke Shanghai dan menghadiri aktiviti sambutan ulang tahun ke-20 penjalinan hubungan diplomatik China-Singapura pedang tadi telah mengunjungi pavilion Singapura di taman Ekspo Dunia Shanghai. Pavilion Singapura yang bertema "simfoni bandar", rupanya kelihatan serupa kotak muzik. Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew merasmikan upacara pembukaan pavilion Singapura dengan memutar kunci yang melambangkan pegas kotak muzik itu.
Pada hari yang sama, program "untuk masa depan, bersama-sama dengan 2010 pelajar" yang dianjurkan bersama-sama oleh pavilion Singapura dan syarikat Singapura di China turut beroperasi. Menurut rancangan, seramai 2010 orang pelajar dari sekolah rendah yang dibina dengan dana bantuan syarikat Singapura dan anak pekerja migran yang bekerja di Shanghai akan diundang mengunjung taman Ekspo Dunia Shanghai. Menteri Mentor, Lee Kuan Yew telah menemui seramai 300 pelajar sebagai kumpulan pertama yang menyertai aktiviti tersebut.








