Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan Indonesia akan meletakkan perwakilan mereka di Beijing untuk menyediakan maklumat tentang dasar pelaburan di Indonesia kepada syarikat China.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi jawatankuasa tersebut, Gita Wirjawan ketika beliau berkyunjung ke Pavilion Indonesia dalam Ekspo Dunia 2010 di Shanghai semalam.
Menurut beliau, pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan minat pelabur China terhadap Indonesia. Pelaburan China di Indonesia akan memainkan peranan yang penting bagi tempoh lima tahun yang akan datang.
Beliau menyatakan bahawa, bagi tempoh satu hingga tiga tahun akan datang, syarikat China akan melabur dalam bidang infrastruktur, pengangkutan, perlombongan dan sumber tenaga. Beliau juga menyeru pelabur China supaya melibatkan diri dalam bidang yang lain yang berorientasikan eksport, seperti pengeluaran kasut, tekstil, jualan runcit kereta dan produk elektronik.