Aktiviti perayaan Hari Pavilion Filipina bagi Ekspo Dunia 2010 di Shanghai diadakan hari ini. Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo, dan Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China di Shanghai, Yu Zhengsheng menghadiri aktiviti tersebut.
Dalam aktiviti itu, pihak Filipina telah melancarkan "sampul surat untuk memperingati ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-Filipina" dan buku "Kumpulan Cerita Mitos Filipina". Selain itu, kupulan seniman dari Filipina juga menghidangkan persembahan seni yang menarik.