
Gunung Wuyi yang terletak di provinsi Fu Jian, bahagian tenggara China merupakan salah satu daripada empat destinasi pelancongan yang digelar sebagai warisan dunia budaya dan alam di China. Gunung itu disenaraikan dalam "Senarai Warisan Dunia" oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayan Bangsa-bangsa Bersatu(UNESCO). Seiring dengan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) pada tahun ini, kerajaan bandar Wuyishan aktif berusaha untuk meneroka pasaran ASEAN dan mempromosi program pelancongannya yang istimewa kepada pelancong di negara-negara Asia Tenggara.
Gunung Wuyi bukan sahaja mempunyai pemandangan hutan asli yang indah dan mempesona tetapi juga terkenal dengan budayanya yang amat bersejarah terutamanya kebudayaan minuman teh.
Berdasarkan perjanjian perdagangan perkhidmatan yang dicapai oleh China dan ASEAN dalam penubuhan kawasan perdagangan bebas, pasaran pelancongan kini semakin terbuka antara satu sama lain, sekali gus memudahkan warga kedua-dua pihak untuk melancong di kawasan serantau. Bandar Wuyishan juga ingin mengambil peluang ini untuk meneroka pasaran di Asia Tenggara dan mempromosi destinasi pelancongannya kepada pelancong di negara ASEAN. Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Bandar Wuyishan, Lin Fei dalam temubual dengan wartawan CRI berkata: "Pelancong asing berminat akan destinasi pelancongan yang mempunyai keistimewaan dari segi pemandangan alam semula jadi dan budaya. Oleh itu, tapak pelancongan yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO sentiasa menjadi daya tarikan mereka. Puteri Thailand, Maha Chakri Sirindhorn telah dua kali melawat ke Gunung Wuyi dan memberikan penghargaan yang amat tinggi. Perkara ini membuktikan bahawa Gunung Wuyi mempunyai daya tarikan yang sendiri."
Kini, Jabatan Pelancongan Bandar Wuyishan berusaha menjalinkan kerjasama dengan badan pelancongan di negara-negara ASEAN di samping mengadakan pelbagai aktiviti untuk mempromosi diri sendiri. Li Fei berkata: "Kami berharap mesyuarat yang ada kaitan dengan CAFTA boleh diadakan di sini. Tidak kiralah apa jenis mesyuarat itu, ia tetap membantu mempromosi Gunung Wuyi kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara.
Penganjuran aktiviti dan pertandingan antarabangsa dianggap cara yang efisien dan berkos rendah bagi mempromosi jenama di sesuatu tempat dan menerajui ekonominya.
Lin Fei berkata: "Kami berharap boleh memanfaatkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN untuk memajukan sektor pelancongan sendiri, terutamanya bekerjasama dengan agensi pelancongan serantau dalam mempromosi pakej pelancongan kami. Kerjasama pelancongan dalam rangka kawasan perdagangan bebas ini akan membantu pakej pelancongan di Gunung Wuyi dibawa ke peringkat antarabangsa."
Selan itu, industri pelancongan Provonsi Fujian mempunyai kelebihan yang istimewa kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Taiwan. Oleh itu, kerjasama pelancongan antara kedua-dua pihak tetap diteruskan dengan lebih erat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Li Fei memaklumkan: "Banyak program pelancongan ke Taiwan diadakan secara rintis di provinsi Fujian. Oleh itu, bagi pelancong dari negara Asia Tenggara yang melawat ke sini, mereka bukan sahaja berpeluang menjejakkan kaki ke Gunung Wuyi, tetapi juga boleh menghayati perasaan kekitaan antara saudara setanah air di kedua-dua selat Taiwan."








