Presiden CRI, Wang Gengnian(kanan) memyampaikan hadiah kepada Duta Besar Thialnd ke China(kiri), Piamsak Milintachinda yang mengadakan kunjungan ke CRI.
Duta Besar baru Thailand ke China, Piamsak Milintachinda dalam temubual bersama wartawan CRI baru-baru ini berkata, bahawa beliau akan berusaha untuk mendorong interaksi dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang dan memberikan sumbangan kepada perkembangan hubungan Thailand-China secara menyeluruh. Duta Besar itu yang mengadakan kunjungan ke Radio Antarabangsa China (CRI) pada 23 Jun lalu menyatakan hubungan antara kedua-dua negara ini memberikan contoh baik kepada perkembangan hubungan antara negara yang mengamalkan sistem masyarkat berbeza.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand. Ketika menghuraikan mengenai perkembangan hubungan antara kedua-dua negara ini, Duta Besar Thailand, Piamsak Milintachinda berkata: "Thailand dan China menjalinkan hubungan interaksi sejak zaman Dinasti Han Barat, iaitu lebih 2000 tahun sebelum Masehi. Perkembangan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara mencapai hasil yang ketara sejak terjalinnya hubungan diplomatik 35 tahun lalu. Kini, kedua-dua negara mengekalkan hubungan yang amat rapat. Pedoman tindakan bersama yang dicapai oleh kedua-dua negara memberikan asas yang penting kepada perkembangan hubungan persahabatan China-Thailand, khusunya dalam 15 bidang yang terlibat termasuk politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi serta pendidikan."
Ketika menjelaskan mengenai acara-acara untuk meraikan ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun ini, Duta Besar itu memberitahu wartawan: "Keduataan Besar Thailand di China akan mengadakan jamuan makan malam secara besar-besaran di Beijing pada 1 Julai. Di samping itu, aktiviti "pesta Thailand" akan diadakan di Jalan Qianmen pada 1 hingga 4 Julai untuk memperkenalkan masakan, barangan istimewa, pengurutan badan serta tarian dan nyanyian tradisional Thailand kepada penduduk China. Selain itu, "Minggu Filem Thailand" juga akan diadakan pada September nanti dengan menayangkan filem-filem Thailand yang unggul."
Piamsak Milintachinda berkata, sebagai Duta Besar baru Thailand ke China, beliau akan berusaha untuk mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara secara menyeluruh. Kata beliau: "Tugas utama bagi seserang Duta Besar adalah mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara. Saya mempunyai komitmen untuk menerajui hubungan persahabatan Thailand-China dalam pelbagai bidang, termasuk dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan."
Menurut Duta Besar itu, mendorong interaksi antara kerajaan dan kalangan rakyat kedua-dua negara merupakan satu usaha utama baginya semasa bertugas di China. Beliau juga mengundang pelancong China yang membatalkan perjalanan mereka ke Thailand akibat pergolakan politik negara itu. Kata beliau: "Sejumlah pelancong China telah membatalkan perjalanan mereka ke Thailand akibat pergolakan politik yang berlaku di Thailand. Sekarang, pergolakan politik telah berakhir. Kerajaan pula mengadakan usaha yang gigih dalam memulihkan industri pelancongan. Rakyat dan pelbagai destinasi pelancongan di Thailand telah bersiap sedia untuk menerima kedatangan pelancong asing. Saya berharap pelancong China akan melawat Thailand."








