Majlis perasmian Pertandingan Koir Dunia ke-6
Pertandingan Koir Dunia ke-6 dirasmikan di Shaoxing, Provinsi Zhejiang semalam. Dalam tempoh 12 hari pertandingan itu berlangsung, lebih 20 ribu peserta dari 80 negara dan kawasan akan menyertainya ini dengan persembahan koir dan mempamerkan kecintaan kepada muzik.
Majlis perasmian Pertandingan Koir Dunia ke-6
Naib Presiden China, Xi Jinpin menghantar surat tahniah untuk pertandingan kali ini. Beliau berharap, para peserta akan berkongsi kegembiraan daripada pertandingan ini. Beliau berharap pertandingan kali ini akan meningkatkan interaksi dan persahabatan rakyat dunia.
Pertandingan Koir Dunia yang dianjurkan oleh Tabung Komunikasi Kebudayaan Antarabangsa di Jerman, merupakan pertandingan koir yang skopnya paling besar, tahap yang paling tinggi dan paling ramai peserta. Oleh itu, ia dikenali sebagai Sukan Olyimpik dalam pertandingan koir.
Pasukan Koir dari Indonesia
Sebanyak 34 pasukan dari Indonesia, Vietnam, Malaysia, Thailand, Singapura dan Filipina menyertai pertandingan kali ini, 14 daripadanya pasukan datang dari Indonesia.
Pasukan Koir dari Vietnam