Cari:
"Pameran dan Persembahan Kebudayaan Islam China-Indonesia 2010" Akan Diadakan di Jakarta
2010-07-21 12:26:07 CRI Cetak

(Sidang akhbar "Pameran dan Persembahan Kebudayaan Islam China-Indonesia 2010")

"Pameran dan Persembahan Kebudayaan Islam China-Indonesia 2010" dijadualkan di Jakarta pada 23 hingga 25 bulan ini.

Pengarah Jabatan Perhubungan Luar, Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negara China, Guo Wei memaklumkan dalam sidang akhbar di Jakarta, aktiviti tersebut bertema "kedamaian, persahabatan, kerjasama dan kemajuan – membuka lembaran baru persahabatan tradisional muslim China dengan Indonesia". Aktiviti tersebut akan mempamerkan kebudayaan Islam kedua-dua negara yang bersejarah lama, menggalakkan semangat Islam yang berdamai, berpadu dan mencintai negara.

Naib Menteri Agama Indonesia,Bahrul Hayat berkata, persahabatan tradisional muslim kedua-dua negara bersejarah lebih 1,350 tahun. Aktiviti kali ini bukan sahaja merupakan pertukaran dan kerjasama antara kerajaan kedua-dua negara, tetapi juga merupakan contoh baik pertukaran muslim Indonesia dengan China. Beliau berharap aktiviti tersebut terus mendorong pertukaran muslim kedua-dua negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China