Cari:
Timbalan Presiden Indonesia Ditemui Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negara China
2010-07-23 11:38:06 CRI Cetak

Timbalan Presiden Indonesia, Budiono ditemui oleh delegasi agama China yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negara China, Wang Zuoan di Pejabat Timbalan Presiden semalam. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai usaha untuk terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama persahabatan dalam bidang agama, mendorong perkembangan hubungan rakan strategik kedua-dua negara.

Menurut Wang Zuoan, pertukaran aktiviti agama kedua-dua negara terus meningkat baru-baru ini, hubungan di kalangan persatuan agama menjadi lebih erat, dan persefahaman dan persahabatan rakyat terus meningkat. "Pameran dan Persembahan Kebudayaan Islam China-Indonesia 2010" yang dirasmikan hari ini merupakan kerjasama berskala besar yang pertama dalam sejarah pertukaran aktiviti agama kedua-dua negara, dan juga merupakan percubaan yang amat bermakna.

Menurut Budiono, Indonesia dan China perlu mengutamakan pertukaran sosio budaya. Beliau berharap aktiviti seumpama itu dapat diteruskan dan menjadi platform pertukaran dan perkongsian umat Islam kedua-dua negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China