Cari:
Kumpulan Kesenian Negara ASEAN Aktif Sertai Pertandingan Koir Dunia Ke-6
2010-07-23 14:31:54 CRI Cetak

Pertandingan Koir Dunia Ke-6 yang dirasmikan pada 15 Julai lalu kini sedang diadakan di Shaoxing, China. Pertandingan yang berlangsung selama 12 hari itu disertai oleh lebih 200 ribu orang peserta daripada 400 kumpulan koir dari 83 buah negara dan kawasan di dunia. Antaranya 34 buah kumpulan koir daripada 6 buah negara ASEAN, termasuk, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Filipina.

Pertandingan Koir Dunia anjuran Tabung Interaksi Kebudayaan Antarabangsa itu dianggap sebagai "Sukan Olimpik dalam kalangan paduan suara". Pertandingan koir kali ini diadakan dalam 20 kategori termasuk, nyanyian kanak-kanak, lelaki, wanita, koir campuran, nyanyian lagu rakyat, lagu pop dan muzik jazz.

Djan Salim, anggota daripada Kumpulan Koir Skylark Jarkarta dari Indonesia dan rakan sekumpulannya sedang membuat latihan dengan bersungguh-sungguh dalam raptai sebelum pertandingan itu diadakan. Djan Salim memberitahu wartawan: "Ini merupakan kali kedua kami menyertai Pertandingan Koir Dunia yang dianjurkan oleh Tabung Interaksi Kebudayaan Antarabangsa. Kami pernah menyertai pertandingan ini di Xiamen, China pada tahun 2006. Walaupun kami bukan kumpulan koir yang rasmi dari Indonesia, tetapi kami sendiri menganggapnya ia boleh mewakili kesenian Indonesia. Antara lagu-lagu yang kami bawa untuk bertanding dalam pertandingan kali ini termasuk, lagu rakyat Jakarta "Kicir-kicir", "Jali-Jali" dan lagu rakyat Aceh yang amat terkenal, iaitu "Bungung Jempa".

Kumpulan Koir Skylark Jarkarta terdiri daripada 38 orang anggota yang berusia antara 50 hingga 70 tahun. Kebanyakan mereka adalah keturunan Cina yang dulunya menetap di Medan, Sumatra Utara. Djan Salim berkata: "Walaupun usia kami antara 50 hingga 70 tahun, tetapi kami tidak akan mengalah disebabkan usia dan boleh bertanding dengan pemuda dan kanak-kanak dalam pertandingan koir ini. Penduduk Shaoxing yang amat mesra dan ramah tamah meninggalkan ingatan yang cukup mendalam kepada kami."

Walaupun hanya sebuah kumpulan nyanyian Vietnam sahaja yang menyertai pertandingan koir kali ini, Namun, menurut Naib Pengarah Kumpulan Nyanyian dan Tarian Vietnam, Encik Pham Hong Hai, sekarang Vietnam sedang berusaha mengembangkan kesenian koir, dengan itu, semakin banyak kumpulan koir dari Vietnam dijangka akan naik ke pentas antarabangsa pada masa akan datang. Kata beliau: "Hanya sebuah kumpulan koir sehaja dari Vietnam yang menyertai pertandingan kali ini. Sesetengah kumpulan koir lain tidak dapat datang ke sini disebabkan beberapa faktor objektif. Kumpulan Koir Hanoi Baru yang menyertai pertandingan kali ini terdiri daripada 14 orang anggota. Mereka akan mengambil bahagian dalam kategori pertandingan nyanyian lagu rakyat. Saya amat berharap lebih banyak kumpulan nyanyian Vietnam akan menyertai pertandingan koir ini. Setahu saya, 20 hingga 25 buah kumpulan koir akan menyertai Pertandingan Koir Antarabangsa Vietnam Pertama di Hoi An pada bulan Mac tahun depan, 5 hingga 7 kumpulan daripadanya berhasrat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan koir di peringkat antarabangsa.

Ketua Kumpulan Koir Hanoi Baru, Le Phuong Linh ketika diwawancara oleh wartawan CRI berkata: "Anggota kumpulan koir kami berbeza mempunyai perbezaan yang amat besar, anggota yang paling kecil hanya berumur 5 tahun. Ini merupakan kali pertama kami menyertai pertandingan koir antarabangsa. Penubuhan kumpulan koir kami pun hanya mengambil masa sebulan sahaja. Sesetangah ibu bapa menganggap anak mereka mempunyai bakat dalam nyanyian koir dan berharap anak mereka boleh menyertai pertandingan di peringkat antabangsa. Oleh itu, kumpulan koir ini ditubuhkan secara spontan. Kami akan menyanyikan dua buah lagu rakyat dalam pertandingan kali ini, iaitu lagu "Trong Com" dan "Bac Kim Thang".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China