"Pameran dan Persembahan Kebudayaan Islam China-Indonesia 2010" telah dirasmikan di Jakarta, Indonesia semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Hal-Ehwal Agama Negara China, Wang Zuo An, Pengerusi Persatuan Islam China, Haji Sabarudin Chen Guangyuan dan Menteri Agama Indonesia, H. Suryadharma Ali serta hampir 200 orang tokoh dari kalangan politik, agama dan pelbagai lapisan masyarakat di Jakarta menghadiri upacara perasmian aktiviti tersebut.
Ketika menyampaikan ucapan tahniah dalam upacara tersebut, Wang Zuo An memperkenalkan keadaan pembangunan agama Islam di China, dan juga mengimbas kembali sejarah hubungan persahabatan agama Islam rakyat China dengan Indonesia. Kerjasama dalam kalangan agama Islam kedua-dua negara diharap lebih diluaskan pada masa depan.
H. Suryadharma Ali juga menyampaikan ucapan tahniah terhadap aktiviti tersebut dan juga memberikan penghargaan tinggi kepada akvititi kali ini yang dilihatnya bermakna besar dan berperanan positif bagi hubungan persahabatan rakyat kedua-dua negara.