Aktiviti Hari Pavilion Singapura ini turut dimeriahkan dengan persembahan seni yang cukup menarik oleh para seniman dari Singapura.
Hari ini ialah Hari Pavilion Singapura. Naib Menteri Perdagangan China, Fu Ziying dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Lee Yi Shyan bersama-sama menghadiri aktiviti sambutan berkenaan di Taman Ekspo Dunia.
Fu Ziying ketika berucap merasmikan aktiviti tersebut menyatakan, beliau yakin, Ekspo Dunia di Shanghai ini akan menyediakan peluang baru untuk meningkatkan lagi persefahaman dan kerjasama yang saling menguntungkan antara China dengan Singapura.
Lee Yi Shyan pula menyatakan, tahun 2010 ini merupakan titik perubahan yang penting bagi perkembangan hubungan Singapura-China. Menurutnya, China akan meminjam sepasang panda kepada Singapura sebagai simbol hubungan persabahatan antara kedua-dua negara.