Cari:
Vietnam Berharap Mempertingkat Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan dengan China
2010-09-02 16:14:02 CRI Cetak

Delegasi Kementerian Kewangan Vietnam yang diketuai oleh Menterinya, Vu Van Ninh telah mengadakan lawatan selama 8 harinya di China bermula 11 Ogos lalu. Ini merupakan pertama kali bagi Vu Van Ninh melawat negara ini sejak beliau meyandang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 2006. Dalam tempoh lawatannya, Vu Van Ninh telah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari China, Xie Xuren dan Gabenor Bank Pusat China, Zhou Xiaochuan dan Pengerusi Suruhanjaya Penyeliaan Sekuriti China, Shang Fulin.

Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, Vu Van Ninh berkata, China memainkan peranan penting dalam rangka kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea(10+3) kerana negara ini bukan sahaja mempunyai pasaran yang berpotensi besar, tetapi juga dikenali sebagai negara pengeluar dan pengeksport yang penting di dunia. Menurut beliau, China memberikan sumbangan yang amat besar kepada perkembangan ekonomi negara-negara ASEAN, dengan memberikan peluang kepada kegiatan pelaburan, eksport dan sektor pelancongan di rantau ASEAN.

Beliau berkata: "Vietnam dan China telah menjalinkan hubungan persahabatan sejak sekian lama. Kedua-dua negara mengamalkan sistem masyarakat yang sama dan sedang melakukan usaha ke arah membangunkan ekonomi yang bercirikan pasaran sosialisme. Tujuan utama lawatan kami kali ini adalah berinteraksi dengan beberapa badan kerajaan China, terutamanya Kementerian Kewangan untuk menimba pengalaman daripada kejayaan China. Kami berharap kedua-dua pihak akan mempergiat kerjasama dalam bidang ekonomi dan kewangan. "

Menurut Menteri Kewangan itu, China mempunyai kedudukan yang penting dalam arena ekonomi dunia. Negara ini telah mencapai kejayaan yang besar dalam pembangunan infrastruktur dan peningkatan taraf hidup rakyatnya. Beliau yakin, kerjasama antara Vietnam dengan China akan terus meningkat, khususnya dalam bidang ekonomi berdasarkan kata sepakat yang telah dicapai pemimpin kedua-dua negara.

Ketika menjelaskan mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh Vietnam selaku negara pengerusi bergilir ASEAN, Vu Van Ninh Berkata: "Sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN, Vietnam akan mengadakan beberapa aktiviti dan mesyuarat berhubung dengan isu pembangunan ASEAN pada tahun ini. Vietnam berharap ASEAN boleh menjadi kawasan yang ekonominya dinamik di dunia melalui kerjasama antara negara anggotanya. Semua aktiviti anjuran kami mempunyai tema utamanya, iaitu 'Dari Jangkaan kepada Tindakan.' Maksudnya kerjasama serantau bukan sahaja memerlukan pandangan yang jauh, tetapi juga memerlukan tindakan yang berkesan. Beberapa persidangan penting akan diadakan di Vietnam pada penghujung tahun ini, seperti Persidangan Asia Timur dan Mesyuarat Menteri ASEAN. "

Beberapa negara di dunia, terutamanya negara Barat menghadapi kelembapan ekonomi akibat dilanda krisis kewangan global sejak kebelakangan ini. Namun, ekonomi Vietnam didapati kembali pulih, bahkan menunjukkan trend perkembangan yang pesat pada tempoh 6 bulan pertama tahun ini. Vu Van Ninh berkata: "Ekonomi Vietnam juga mengalami tamparan hebat daripada krisis kewangan global. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memastikan perkembangan ekonomi secara berterusan, menstabilkan sistem jaminan sosial dan mencegah berlakunya inflasi. Kini, banyak syarikat Vietnam telah berjaya mengatasi kesulitan dan meneruskan usaha pengeluaran mereka. Menurut jangkaan, Kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam akan mencatat 6.5%-6.8% pada tahun ini."

Ketika menjelaskan mengenai usaha kerajaan dalam membantu syarikat domestik, Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan telah menyediakan wang pinjaman dengan faedah yang rendah kepada syarikat dan memberikan jaminan untuk syarikat domestik yang ingin mendapatkan wang pinjaman dan kelengkapan berteknologi tinggi dari seberang laut. Selain itu, kerajaan juga mengurangkan kutipan cukai yang dibebani oleh syarikat agar memastikan pengeluaran mereka dapat diteruskan."

Ketika menghuraikan langkah-langkah kerajaan untuk memastikan kehidupan golongan penganggur, Menteri Kewangan itu berkata syarikat milik negara dituntut supaya tidak melepaskan staf mereka. Selain itu, kerajaan telah memperuntukkan dana yang khusus untuk memastikan kehidupan pekerja dan memberikan subsidi kepada para pengganggur. Sesetengah syarikat modal asing dan syarikat swasta didapati mula mengambil pekerja yang semakin ramai berikutan pemulihan ekonomi. Pada umumnya, jumlah penganggur di Vietnam tidak mencatat angka yang amat besar.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China