Penganjuran Ekspo Dunia 2010 Shanghai dengan jayanya menampilkan potensi pembangunan China yang cukup besar.
Demikian dinyatakan oleh Kurator Pavilion Thailand Ekspo Dunia 2010 di Shanghai, Kanda Vajrabhaya ketika diwawancara oleh pemberita bahagian penyiaran bahasa Thailand CRI di Shanghai semalam.
Sebelum ini, Kanda mengunjungi Shanghai setiap tiga bulan sekali untuk mengusahakan persiapan dan pembinaan Pavilion Thailand. Beliau berkata, Shanghai selalu mewujudkan perubahan yang sungguh mengagumkan. Banyak jalan raya yang moden telah siap dibina dan pelbagai kemudahan awam diperbaiki menjadi semakin moden. Anda boleh dihantar seluruh pelosok bandar itu dengan kereta api di bawah tanah. Selain itu, rakyat Shanghai sebagai tuan rumah aktif menyertai pelbagai kerja Ekspo Dunia 2010 kali ini. Mereka mengalu-alukan kedatangan pelawat-pelawat dari seluruh dunia dengan penuh ramah- tamah. Kesemuanya membolehkan kami merasai potensi pembangunan China yang besar pada masa depan.