Cari:
Lee Hsien Loong Yakin Hubungan Singapura-China Dapat Ditingkatkan
2010-09-06 15:46:35 CRI Cetak

Sempena sambutan ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan diplomatik Singapura-China, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini memulakan lawatan ke lima bandar di China termasuk Chongqing, Shanghai, Changsha, Wuhan dan Suzhou. Menurut Lee Hsien Loong, hubungan antara kedua-dua negara amat baik pada masa ini dan dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

Pemimpin kedua-dua negara selalu kunjung-mengunjungi. Presiden China, Hu Jintao telah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura pada tahun 2009. Presiden Singapura, S.R. Nathan pula baru sahaja melawat Beijing dan Shanghai tidak lama dahulu. Lee Hsien Loong menyatakan, pihaknya mengalu-alukan lebih ramai pemimpin China melawat Singapura.

Dalam tempoh 3 tahun yang lalu, Singapura dan China telah memeterai perjanjian perdagangan bebas, melaksanakan projek pembinaan bandar ekologi di Tianjin serta mengadakan aktiviti untuk menyambut ulang tahun ke-15 penubuhan Taman Industri Suzhou. Selain itu, kedua-dua pihak telah mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pelancongan. Sejumlah besar pegawai kedua-dua negara saling kunjung-mengunjungi untuk bertukar-tukar pengalaman yang berharga.

Menurut Lee Hsien Loong, lawatan beliau kali ini bertujuan untuk menyaksikan pembangunan bandar-bandar di bahagian tengah China, mengetahui pembangunan terkini di Taman Industri Suzhou serta melawat Ekspo Dunia di Shanghai.

Lee Hsien Loongg berkata, Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-China merupakan perjanjian perdagangan bebas dua hala yang pertama antara China dengan negara Asia. Menurut perjanjian tersebut, Singapura dan China saling membuka bidang-bidang seperti perubatan dan pendidikan di dalam mahupun di luar lingkungan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Perjanjian tersebut telah memberikan peluang perkembangan kepada syarikat-syarikat kedua-dua negara serta melambangkan Singapura dan China sama-sama menghormati perdagangan bebas.

Menurut beliau, kedua-dua pihak perlu memantau keadaan pelaksanaan perjanjian tersebut dari semasa ke semasa agar perjanjian itu bersesuaian dengan keadaan pembangunan. Selain itu, kedua-dua pihak perlu meningkatkan tahap akses pasaran dan kebebasan untuk meningkatkan pertukaran perdagangan dan pelaburan. Langkah tersebut amat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Tahun 2011 merupakan ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan dialog antara ASEAN dengan China. China merupakan rakan perdagangan yang penting bagi kesemua negara-negara Asia Tenggara. Singapura mengalu-alukan China dan ASEAN meningkatkan komunikasi dan pelaburan dan berharap China terus memainkan peranannya di rantau ini.

Lee Hsien Loong berkata, Singapura merupakan negara Asia Tenggara yang mempunyai asal usul budaya yang mendalam dengan China. Pihaknya berharap Singapura dapat menjadi jambatan hubungan antara China dengan ASEAN.

Pembangunan yang begitu pesat di China telah meningkatkan taraf hidup rakyatnya. China yang kuat dan berjaya akan memberi manfaat kepada Asia malah seluruh dunia. Singapura berharap untuk menyertai pembangunan di China.

Menurut Lee Hsien Loong, hubungan persahabatan antara rakyat Singapura dengan China telah terjalin begitu dan baik. Kedua-dua negara telah megadakan kerjasama dalam pelbagai bidang. Dengan demikian, Singapura dan China perlu meningkatkan hubungan rakan dalam bidang yang lebih luas.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China