12 September adalah Hari Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia 2010 Shanghai. Sejak Ekspo Dunia Shanghai dirasmikan pada 1 Mei lalu, seramai lebih 3.2 juta pelancong ke ekspo ini telah melawat Pavilion Malaysia. Baru-baru ini, wartawan CRI telah mewawancara Konsul Pelancongan Malaysia ke Shanghai, Edzuar Zar Ayob. Beliau telah memaklumkan penyertaan Malaysia dalam ekspo dunia kali ini secara menyeluruh.