Cari:
Hari Pavilion Malaysia akan Diadakan
2010-09-10 13:46:16 CRI Cetak

Sejak Ekspo Dunia Shanghai dirasmikan pada 1 Mei lalu, pavilion Malaysia telah menerima seramai 3.2 juta pelancong yang tertarik oleh bangunannya yang bergaya etnik Melayu dan pameran yang menunjukkan adat resam Malaysia. Hari Pavilion Malaysia akan diadakan pada 12 September nanti.

Menurut ketua Pavilion Malaysia, Ivy see, pavilion Malaysia menjemput rombongan kesenian dari Istana Budaya Malaysia untuk menyembahkan tarian tradisional Malaysia di Pusat Ekspo Dunia.

31 Ogos lalu merupakan hari kemerdekaan Malaysia dan 10 September merupakan Hari Raya Aidilfitri, hari raya yang paling penting bagi kaum Islam Malaysia. Selain itu, aktiviti sambutan perayaan orang Cina Hari Raya Pesta Kueh Bulan dan perayaan orang India Hari Raya Diwali akan diadakan di pavilion Malaysia.

Menurut Konsul Pelancongan Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai, Edzaur Zar Ayob, pihak pavilion akan berkongsi kegembiraan hari raya dengan para pelancong dan memberitahu mereka Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Warganya sudi bersama-sama menyambut hari raya pelbagai kaum walaupun mereka menganut agama yang berbeza. Para pelancong, khususnya pelancong China, akan menghayati kepelpagaian budaya Malaysia di pavilion ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China