( Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Wee Ka Siong )
Ekspo Dunia Shanghai membolehkan kaum muda di Malaysia lebih mendekati dunia. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Wee Ka Siong berkata demikian ketika menghadiri aktiviti Hari Pavilion Malaysia Ekspo Dunia Shanghai petang ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MCA memberitahu pemberita CRI bahawa sejak program "Jom Menjelajah Dunia di World Expo 2010 Shanghai China" anjuran Pemuda MCA dirasmikan pada Februari lalu, terdapat lebih seribu orang pemuda pelbagai kaum dari Malaysia telah mengunjungi Ekspo Dunia Shanghai.
(wartawan CRI mewawancara Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Wee Ka Siong )
"Program ini boleh meningkatkan pengetahuan kaum muda, membolehkan mereka mendekati konsep yang paling popular, sains dan teknologi yang terkini, perancangan sesebuah bandar, trend perkembangan bandar pada masa depan, masyarakat rendah karbon dan sebagainya," kata Dr. Wee Ka Siong.
Ketika ditanya pandangan terhadap Ekspo Dunia kali ini, beliau berpendapat, ia merupakan ekspo dunia yang paling cemerlang sama ada dari jumlah pelawat, jumlah pihak peserta, atau pun pameran.