Surin Pitsuwan Seru Kemboja dan Thailand Adakan Rundingan Langsung dalam Tempoh Persidangan UNGA
Akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura hari ini melaporkan, Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan baru-baru ini menyatakan, pada Sidang Kemuncak A.S.-ASEAN yang akan diadakan dalam tempoh Persidangan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) nanti, pemimpin Kemboja dan Thailand sepatutnya mengadakan rundingan dua hala tanpa orang tengah, untuk meningkatkan persefahaman antara kedua-dua pihak.
Menurut beliau, bagi kedua-dua pihak, ini merupakan peluang yang cukup baik untuk membuka laluan kepada usaha menyelesaikan masalah terbabit pada masa depan.
Beliau juga berkata, kedua-dua pemimpin itu berpeluang bertemu lagi pada Sidang Kemuncak Asia-Eropah di Belgium pada bulan depan. Mereka perlu menimbangkan semula masalah sempadan berkenaan serta menyenaraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.