Cari:
Yang Jiechi Bertemu dengan Menteri Luar Indonesia
2010-09-21 11:52:43 CRI Cetak
Menteri luar China, Yang Jiechi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Dr. R.M. Marty M. Natalegawa yang akan menghadiri persidangan PBB di ibu pejabat PBB di New York semalam.

Yang Jiechi berkata, hubungan China dengan Indonesia semakin erat. Kedua-dua negara akan mempertingkatkan hubungan rakan sterategik China-Indonesia semasa sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara ini. China akan mewujudkan kerjasama dan membangun bersama-sama dengan negara anggota ASEAN dalam suasana persahabatan, adil, saling menghormati dan saling menguntungkan. China berhasrat untuk memelihara koordinasi dan interaksi yang rapat dengan negara-negara ASEAN serta mempertingkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China