Menurut pegawai sekretariat tersebut, oleh sebab tahun ini merupakan tahun pertama siapnya Kawasan Perdagangan Bebas, maka tema forum tahun ini lebih ketara serta bidang kerjasama untuk para peserta juga turut diluaskan. Beliau berkata, forum sempena Ekspo China-ASEAN sudah menjadi sebuah aktiviti yang penting bagi ekspo ini, kerana forum tersebut mempamerkan kedudukan Nanning sebagai saluran hubungan antara China dengan ASEAN.