Menurut laporan Akhbar Harian Antarabangsa Indonesia, jumlah pengunjung ke Pavilion Indonesia dalam Ekspo Dunia Shanghai telah mencecah 6.56 juta orang setakat 27 September lalu. Angka tersebut dijangka akan mencapai 7.5 juta orang sempena percutian Hari Kebangsaan China.
Menteri Perdagangan Indonesia, Marie Elka Pangestu menyatakan bahawa kerajaan Indonesia telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap Pavilion Indonesia kerana, sekiranya 5% sahaja daripada pengunjung Pavilion Indonesia itu melancong ke Indonesia, jumlah itu sudah memuaskan dan menghasilkan pendapatan sekurang-kurangnya 370 juta dolar Amerika untuk sektor pelancongan Indonesia.