Menurut laporan Akhbar Lianhe Zaobao Singapura, pelbagai syarikat alat elektronik China yang terkenal akan menyertai Ekspo China-ASEAN ke-7 yang akan diadakan di Nanning, Guangxi pada 20 hingga 24 Oktober. Pembeli alat elektronik Singapura dapat mengambil peluang ekspo kali ini untuk memilih pelbagai jenis produk dan memperoleh lebih ramai rakan kerjasama.
Perniagaan produk elektronik Singapura dan China akan bebas daripada tarif selangkah demi selangkah dengan tertubuhnya Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). Maka, kos mengimport produk elektronik dari China oleh Singapura akan banyak dikurangkan dan syakirat Singapura dapat memperoleh keuntungan yang lebih besar.