Upacara Penandatanganan Perjanjian Rakan Strategik Utama bagi Ekspo China-ASEAN ke-7 telah diadakan di Nanning, Guangxi semalam. Syarikat Asia Hong Leong Berhad membiayai 8 juta Yuan RMB dan menjadi rakan kerjasama strategik pertama bagi ekspo kali ini. Inilah kali pertama Ekspo China-ASEAN mencapai perjanjian rakan kerjasama strategik utama dengan korporat luar negara.
Presiden Syarikat Asia Hong Leong berhad, Teo Tong Kooi berkata, melalui wadah Ekspo China-ASEAN itu, syarikatnya akan memperluas pengaruhnya di kawasan China dan negara anggota ASEAN, meneroka pasaran China dan Asia Tenggara serta menikmati lebih banyak peluang perniagaan yang didatangkan dari kemudahan pelaburan dan perdagangan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).