Bunga, Buah-buahan dan Hasil Pertanian yang Istimewa dari ASEAN dan China akan Menampil dalam Ekspo China-ASEAN
Dalam tempoh Ekspo China-ASEAN ke-7 yang akan diadakan di Nanning, Guangxi pada 19 hingga 24 Oktober, pameran pertanian turut akan diadakan, bunga, buah-buahan dan hasil pertanian yang istimewa dari negara-negara ASEAN serta Tanah Besar China, Taiwan, Hong Kong dan Makau akan menampil dalam pameran itu.
Pertanian ialah antara sepuluh sektor utama kerjasana antara China dengan ASEAN. Keuntungan daripada pelaksanaan "program hasil awal" dan "bebas tarif" dalam rangka Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN terlebih dahulu dicapai dalam sektor pertanian. Taraf pembangunan pertanian di China sama dengan negara ASEAN, kedua-dua pihak boleh saling melengkapi kerana jenis produk pertanian dan masa penuaian amat berbeza.