Cari:
Industri Penanaman Bunga Yunnan, China Tunjukkan Peningkatan Perdagangan dengan ASEAN
2010-10-15 15:29:27 CRI Cetak

Kampung Dounan yang terletak di kawasan luar bandar Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan China mempunyai pasar raya bunga yang terbesar di negara ini, malah mempunyai jenama bunga-bungan sendiri yang bernilai 400 juta Yuan RMB. Namun, kampung Dounan masih merupakan sebuah kampung kecil dan tidak berapa diketahui umum pada tahun 1980.

Pada tahun 2002, Pusat Perniagaan Bunga Antarabangsa Kunming ditubuhkan di Kampung Dounan. Pusat ini merupakan plaftorm perniagaan bunga yang paling besar di rantau Asia dan dikendalikan dengan teknologi yang moden. Sempena sambutan Hari Kekasih mengikut budaya China yang jatuh pada 7 haribulan Tujuh kalender Imlek China tahun ini, jumlah jualan bunga di pusat tersebut mencecah 5 juta Yuan RMB sehari.

Selain Pusat Perniagaan Bunga Antarabangsa itu, terdapat sebuah lagi pasar raya bunga yang mempunyai sejarah yang lebih lama di Kampung Dounan. Walaupun pasar bunga yang lama ini tidak memiliki kemudahan yang moden, namun ia sentiasa dibanjiri oleh pelanggan.

Pada kira-kira pukul 2 pagi, tukang bunga tempatan mengangkut pelbagai jenis bunga ke pasar raya ini dengan pelbagai jenis kenderaan seperti lori, van, beca, basikal, malah kereta sorong. Pukul 2 hingga 7 pagi merupakan masa paling sibuk di pasar raya bunga ini, kerana bunga akan dihantar ke beberapa tempat di negara ini, malah ke seluruh dunia melalui penerbangan yang paling awal pada setiap hari.

Zhang Xueli, seorang tukang bunga tempatan memberitahu wartawan bahawa dia dan isterinya mempunyai pekerjaan yang amat baik sebelum ini. Namun, mereka berhenti daripada pekerjaan itu dan menjadi tukang bunga kerana amat berminat kepada bunga. Dia berkata: "Sebenarnya, dahulu saya tidak berapa minat kepada bunga. Sekali sekala, rakan sekerja saya membawa bunga sebagai buah tangan apabila mengunjungi rumah saya. Sedikit demi sedikit, saya mula berminat kepada bunga, terutamanya sesudah menikmati keharuman dan melihat kecantikan warnanya. Selepas itu, saya mula mencemburkan diri dalam bidang penanaman bunga."

Tokoh-tokoh yang berkenaan melihat prospek yang baik bagi industri penanaman bunga di Yunnan kerana tempat ini menghubungkan kebanyakan bandar utama di rantau Asia dengan penerbangan yang memakan masa tidak sampai lima jam. Selain itu, pengangkutan bunga akan menjadi lebih mudah dengan siapnya lapangan terbang baru di Kunming, ibu kota provinsi Yunnan pada tahun depan.

Jumlah eksport bunga dari Yunnan ke Makau dan Hong Kong didapati menurun pada tahun 2009 akibat krisis kewangan global. Namun, jumlah eksportnya ke negara-negara ASEAN tetap stabil. Oleh itu, semakin ramai peniaga bunga menunjukkan minat mereka kepada pasaran ASEAN, seperti Thailand, Singapura dan Malaysia.

Dalam tempoh Januari hingga November tahun 2009, eksport bunga ke ASEAN mencatat 67.3% daripada jumlah seluruh eksport bunga dari Yunnan. Thailand adalah negara anggota ASEAN yang paling banyak membuat perdagangan bunga dengan Yunnan. Program "pertukaran bunga dengan buah-buahan" telah dilaksanakan oleh kedua-dua pihak bermula tahun ini. Kaunselor Perdagangan dari Konsulat Thailand di Kunming, Puan Suwimol Tilokruangchai berkata bahawa program itu melibatkan jumlah import-eksport bunga dan buah-buahan yang bernilai 150 juta dolar Amerika pada tahun ini. Kata beliau: Dengan terlaksananya program ini, Thailand akan menghantar pelbagai jenis buah seperti manggis, mata kucing dan durian ke Yunnan melalui Jalan Raya Kunming-Bangkok. Pada masa yang sama, Yunnan pula akan menghantar bunga ke Thailand."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China