Cari:
Guangxi Berusaha untuk Menjamin Keselamatan Bahan Makanan Ekspo China-ASEAN
2010-10-15 11:26:50 CRI Cetak
Menurut maklumat Biro Pentadbiran Industri dan Perdagangan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi semalam, kerajaan Guangxi telah mengambil pelbagai langkah yang mengetatkan pengawalan terhadap makanan dalam proses pengedaran untuk menjamin keselamatan bahan makanan dalam tempoh berlangsungnya Ekspo China-ASEAN ke-7 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN.

Nanning, Guiling, Beihai dan Yulin merupakan bandar utama yang menjalankan tugas kawal selia terhadap bahan makanan kali ini. Pasaran borong makanan, pasar raya makanan, pasar perniagaan hasil pertanian dan kawasan pelancongan menjadi kawasan pengawalan yang penting. Manakala, bahan makanan, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, produk susu dan kacang serta hasil hidupan air juga akan dikawal dengan ketat. Tindak laku yang melanggar undang-undang seperti menghasilkan dan menjual makanan berkualiti rendah akan dibanteras secara keras bagi menjamin keselamatan makanan dalam tempoh sidang kedua-dua tersebut berlangsung.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China