Sebulan sebelum Sukan Asia ke-16 dirasmikan, skuad silat Malaysia telah tiba di bandar Fuzhou, provinsi Fujian China untuk menjalankan latihan. Mereka menyasarkan sekurang-kurangnya dua pingat emas dalam Sukan Asia kali ini.
Ketika diwawancara oleh wartawan, Ketua Setiausaha Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia menyatakan bahawa atlet Malaysia berkemampuan untuk merebut pingat emas dalam acara Taiji dan Nanquan. Namun, beliau mengakui skuad China akan menjadi pesaing yang paling hebat bagi mereka. Maka, para atlet Malaysia datang ke Fuzhou sebulan lebih awal untuk menjalankan latihan.