Cari:
Chong Wei Bawa Semangat New Delhi Ke Guangzhou
2010-10-16 16:31:50 CRI Cetak

(Datuk Lee Chong Wei dalam Sukan Komanwel di New Dalhi)

Datuk Lee Chong Wei yang menang emas acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel di New Delhi mahu meneruskan pula kejayaan itu di Sukan Asia di Guangzhou, China bulan depan.

Biarpun saingan di Guangzhou adalah lebih mencabar berbanding dengan New Delhi, beliau tetap membuat sasaran untuk membawa balik pingat emas.

Demikian dinyatakan oleh Lee Chong Wei sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

Mengenai kecederaan di belakangnya, pemain nombor satu dunia ini berkata ia hampir pulih dan ia tidak akan menganggu persiapannya untuk beraksi di Guangzhou.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China