Lebih 20 penerbangan sewa khas sementera disediakan dari Nanning ke 10 buah negara ASEAN dalam tempoh Ekspo China-ASEAN Ke-7 yang berlangsung di Nanning sekarang.
Penerbangan sewa khas sementara dari Nanning ke 10 buah negara ASEAN itu dilaksanakan oleh Syarikat Penerbangan Selatan dan Syarikat Penerbangan Timur China dari 16 hingga 26 Oktober tahun ini. Kaedah pengangkutan dengan penerbangan sewa khas ini dilaksanakan oleh beberapa buah syarikat penerbangan di China tahun ini untuk mengangkut pelancong dari negara-negara ASEAN yang menghadiri ekspo ini.