Cari:
Ekspo China-ASEAN ke-7 Bermula
2010-10-19 15:33:56 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN ke-7 selama lima hari dirasmikan hari ini di bandar Nanning, Guangxi, China. Selain empat tema asalnya, iaitu perdagangan barangan, kerjasama pelaburan, teknologi canggih dan bandar mempesonakan, ekspo kali ini telah menambah satu tema lagi, iaitu mengenai perdagangan perkhidmatan untuk menggalakkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang kewangan, logistik dan pendidikan.

Ekspo ini berlangsung dengan latar belakang Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN ditubuhkan pada awal tahun ini menurut jadual. Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN ke-7 yang bertema "kawasan perdagangan bebas dan peluang yang baru" akan berlangsung dalam tempoh ekspo kali ini. Antara pengisiannya termasuk 10 forum peringkat tinggi yang melibatkan bidang kewangan, pertanian, tenaga elektrik, usaha membasmi kemiskinan, undang-undang dan perubatan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China