Pameran kejayaan pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) telah dirasmikan di Nanning semalam.
Pameran itu melibatkan gambaran, grafik, tulisan dan huruf, video yang memperlihatkan kejayaan pembangunan dari aspek sejarah dan masa depan CAFTA ini. Pameran ini berlangsung sehingga 8 November tahun ini.
CAFTA yang membawa manfaat kepada 1.9 bilion orang ini telah dibangunkan oleh China dan negara-negara ASEAN melalui perancangan bersama selama 10 tahun. Sejak CAFTA ini beroperasi, kedua-dua pihak telah berusaha untuk meningkatkan kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada syarikat dan rakyat dari kedua-dua pihak supaya mencapai kejayaan yang saling berfaedah dan saling menguntungkan.