Meningkatkan hubungan kejiranan dan persahabatan yang baik secara menyeluruh dengan negara-negara ASEAN merupakan dasar kerajaan China dan juga merupakan matlamat hubungan awal diplomatik antara China dengan negara-negara jirannya. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Jia Qinglin semasa bertemu dengan pemimpin negara-negara ASEAN yang menghadiri Ekspo China-ASEAN Ke-7 di Nanning hari ini.
Jia Qinglin menyatakan bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak telah memasuki fasa pertumbuhan ekonomi baru yang pesat dan menyeluruh sejak Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) ditubuhkan pada awal tahun ini. Menurut beliau, tahun 2011 merupakan ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan dialog antara China dengan negara-negara ASEAN, justeru beliau berharap agar kedua-dua pihak mengambil peluang penting dalam sejarah ini untuk meningkatkan hubungan rakan strategik antara China dengan ASEAN dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Jia Qinglin telah menemui pemimpin negara-negara ASEAN, ketua delegasi dan wakil-wakil Sekretariat ASEAN yang menghadiri Ekspo China-ASEAN Ke-7, dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan di Nanning China hari ini.