Forum Pemimpin Kerjasama dan Pembangunan Kewangan China-ASEAN ke-2 diadakan di Nanning, Guangxi hari ini.
Tema forum ini ialah "memperkukuh mekanisme kerjasama, membentuk struktur baru pembangunan kewangan yang saling menguntungkan di Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA)". Matlamat forum tersebut adalah untuk menegaskan peranan industri kewangan dalam usaha menggalakkan pembangunan CAFTA, membentuk mekanisme perkhidmatan kewangan yang baik bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN, terus memperkukuh dan memperluas platform kerjasama, pembangunan dan hubungan sektor kewangan dalam rangka CAFTA.
Forum ini akan mendorong pembentukan dan penyempurnaan mekanisme perbincangan dan kerjasama industri kewangan China-ASEAN, menyediakan sokongan kewangan kepada pembangunan ekonomi serantau yang berterusan, sihat dan pesat.