Naib Presiden China, Xi Jinping telah ditemui rakan sejawatnya dari Indonesia, Boediono di Beijing semalam.
Dalam pertemuan tersebut, Xi Jinping berkata, Indonesia selaku negara anggota utama ASEAN akan merupakan negara pengerusi ASEAN pada tahun depan. China berharap Indonesia dapat memainkan peranan positif dalam menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN. Menurut beliau, kedua-dua negara ini perlu mengekalkan aktiviti pertukaran lawatan peringkat tinggi, mempergiat kerjasama ekonomi dan perdagangan, serta berusaha untuk mencapai matlamat jumlah perdagangan dua hala sebanyak 50 biliion dolar Amerika menjelang tahun 2014.
Boediono pula berkata, pihaknya amat mementingkan hubungan rakan strategik Indonesia-China, dan bersedia untuk menggalakkan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, kewangan, sumber tenaga dan pembinaan infrastruktur, serta mendorong perkembangan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.
Kedua-dua pemimpin negara ini turut menyaksikan upacara menandatangani Memoradum Persefahaman Mengenai Perkhidmatan Kewangan bagi Pelaburan dan Perdagangan China-Indonesia antara Bank Industri dan Komersial China dengan Bank Import dan Eksport Indonesia.