Cari:
Malaysia Adakan Sidang Promosi Pelancongan dalam Ekspo China-ASEAN Ke-7
2010-10-21 11:23:36 CRI Cetak

elegasi Malaysia mengadakan sidang promosi pelancongan dalam Ekpso China-ASEAN Ke-7 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning semalam, 20 Oktober.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China, Huang Rifu dalam sidang promosi itu berkata, jumlah pelancong Guangxi yang melawat Malaysia telah meningkat dari semasa ke semasa pada tahun-tahun kebelakangan ini. Kini, Malaysia sudah menjadi salah sebuah destinasi pelancongan yang utama bagi pelancong Guangxi. Sementara itu, jumlah pelancong Malaysia yang melawat Guangxi pula mewakili 1/3 daripada jumlah pelancong dari negara ASEAN.

Menurut beliau, kerjasama antara Guangxi dan Malaysia dalam bidang pelancongan mempunyai potensi yang amat besar memandangkan pakej pelancongan kedua-dua pihak mempunyai keistimewaan tersendiri.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China