Sejumlah 76 kontrak kerjasama ekonomi antarabangsa dengan pelaburan yang berjumlah 3.298 bilion dolar Amerika telah ditandatangani, manakala 97 kontrak kerjasama ekonomi dalam negara dengan jumlah seluruh pelaburannya 49.274 bilion dolar Amerika pula ditandatangani dalam upacara menandatangani kontrak kerjasama teknologi dan ekonomi Ekspo China-ASEAN ke-7 semalam.
Pegawai Ekspo China-ASEAN menyatakan bahawa industri pembuatan masih diberikan keutamaan dalam ekspo ini. Kontrak kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN, iaitu Indonesia, Myanmar, Brunei Darussalam, Vietnam, Thailand, Kemboja, Singapura dan Malaysia dengan seluruh pelaburannya berjumlah 1.153 bilion dolar Amerika.