Cari:
Indonesia Mahu Tingkatkan Kerjasama Bidang Tenaga Elektrik dengan Syarikat China
2010-10-21 14:07:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pegawai kerajaan dan syarikat Indonesia amat positif terhadap pelaburan yang disebuat oleh syarikat China kepada projek tenaga elektrik negaranya dan berharap untuk meningkatkan kerjasama dengan China. Ini dinyatakan dalam Forum Sumber China-Indonesia ke-4 yang berlangsung di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China baru-baru ini.

Menteri Badan Usaha Milik Indonesia, Mustafa Abubakar dalam forum itu menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi di China telah meningkat dengan pesat, dan menjelaskan kejayaan kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor minyak dan gas asli, arang batu, tenaga elektrik, dan sumber tenaga kitar semula. Indonesia juga berharap untuk terus meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang-bidang tersebut. Wakil Syarikat Tenaga Elektrik Negara Indonesia juga menerangkan kemajuan pembangunan tenaga elektrik negaranya kepada wakil syarikat-syarikat China, dan mengundang mereka untuk melabur dalam syarikat tenaga elektrik Indonesia.

Pemimpin syarikat-syarikat tenaga elektrik China optimis terhadap masa depan pelaburan dalam projek tenaga elektrik di Indonesia, kerana Indonesia merupakan sebuah negara yang besar dari segi jumlah penduduk, pasaran tenaga elektriknya luas dan mempunyai masa depan pembangunan yang agak cerah di rantau ASEAN.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China