Cari:
Beberapa Harapan China terhadap Siri Sidang Kemuncak Asia Timur di Hanoi
2010-10-22 13:34:09 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-13, Sidang Kemuncak ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea ke-13, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-5 dan Sidang Kemuncak China, Jepun dan Republik Korea yang dijadualkan di Hanoi, Vietnam pada 28 hingga 30 Oktober ini. Ini merupakan aktiviti diplomatik yang penting bagi pemimpin negara China pada tahun ini.

Penolong Menteri Luar China, Hu Zhengyue menyatakan bahawa China menaruh beberapa harapan terhadap siri sidang tersebut.

Pertama, mengukuhkan persahabatan jiran baik. Saling menghormati, saling mempercayai, sama kedudukan, berdialog dan bekerjasama merupakan arah aliran perkembangan hubungan negara-negara di Asia Timur. Dengan perubahan situasi di Asia Timur, negara-negara di rantau ini perlu meningkatkan kefahamlan terhadap dasar dan arah perkembangan masing-masing melalui dialog, supaya dapat menyediakan suasana yang baik dan memenuhi keperluan bagi perkembangan hubungan dua hala dan kerjasama serantau yang sihat dan stabil.

Kedua, meningkatkan kerjasama pragmatik. Beberapa tahun kebelakangan ini, negara-negara Asia Timur telah memanfaatkan peluang bersifat sejarah, berusaha bersama-sama untuk membangunkan ekonomi dan mendorong kerjasama serantau, supaya Asia Timur menjadi sebuah rantau yang paling dinamik di dunia. Selepas berlakunya krisis kewangan antarabangsa, soal bagaimana mengekalkan kedinamikan itu, menggalakkan integrasi Asia Timur, mewujudkan pembangunan yang berterusan menjadi isu yang dihadapi bersama oleh negara-negara di rantau ini. China berharap dapat bertukar-tukar pendapat mengenai perubahan kaedah pembangunan, penyusunan semula struktur ekonomi, kaedah untuk mendorong kerjasama pragmatik, meningkatkan penjana dalaman, serta meningkatkan kualiti dan tahap pembangunan Asia Timur.

Ketiga, mewujudkan kelebihan yang saling melengkapi. Melalui pembangunan dalam jangka masa yang panjang, mekanisme kerjasama utama yang diwakili oleh 10 negara anggota ASEAN, ASEAN 10+1, ASEAN 10+3, China-Jepun-Republik Korea dan Sidang Kemuncak Asia Timur telah dibentuk. Bagaimana untuk mara ke depan dengan arah yang tepat, dan bagaimana mewujudkan kelebihan yang saling melengkapi merupakan satu masalah lagi yang dihadapi dalam kerangka kerjasama serantau ini. China menghargai pendirian ASEAN yang mengekalkan arah, prinsip dan tugas kerjasama Asia Timur, menyokong ASEAN untuk terus memainkan peranan utama dalam kerjasama Asia Timur, dan berharap pelbagai mekanisme bagi Asia Timur ini menjurus kepada matlamat untuk menggalakkan kedamaian dan kemakmuran serantau, memperlihatkan peranan masing-masing, saling melengkapi kekurangan masing-masing dan mewujudkan pembangunan bersama.

Dan, keempat, meningkatkan penyelarasan. Negara-negara Asia Timur mempunyai kepentingan yang sama dalam beberapa banyak masalah global. Mengeluarkan suara Asia Timur dalam masalah pembaharuan sistem ekonomi dan kewangan antarabangsa, penentangan terhadap dasar perlindungan perdagangan, Rundingan Pusingan Doha, perubahan iklim, keselamatan bahan makanan dan keselamatan sumber tenaga merupakan harapan bersama bagi negara-negara serantau. China berharap negara-negara yang terlibat dapat mencari persamaan dan mengetepikan perselisihan daripada pandangan umum, bertukar-tukar pendapat mengenai masalah antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama, dan menyumbang kepada pembangunan harmoni dan kemajuan peradaban Asia dan dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China