Cari:
Kerjasama Kuasa Elektrik China-ASEAN Berpotensi Besar
2010-10-22 11:08:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerjasama dalam bidang kuasa elektrik China-ASEAN berpotensi besar, dan pasarannya melebihi seribu bilion dolar Amerika. Demikian dimaklumkan oleh Forum Kerjasama dan Pembangunan Kuasa Elektrik China-ASEAN ke-3 yang sedang diadakan di Nanning, China.

Wakil Syarikat Jaringan Elektrik Selatan China, Deng Xiaowen semalam menyatakan bahawa jurang pembangunan ekonomi antara negara-negara anggota ASEAN agak besar, jurangpembinaan loji jana kuasa dan jaringan elektrik pula lebih besar. Oleh itu, pasaran kuasa elektrik di ASEAN memang besar potensinya.

Beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa buah syarikat kuasa elektrik yang besar di China telah memasuki pasaran kuasa elektrik Asia Tenggara, dan kerjasama antara kedua-dua pihak telah memperlihatkan hasil awal. Para pakar yang menyertai forum tersebut berpendapat, pembinaan loji jana kuasa jaringan elektrik serta sektor lain yang terbabit akan mewujudkan pasaran yang nilainya melebihi seribu bilion dolar Amerika. Sekarang ini, kerjasama antara China dengan ASEAN baru bermula dan pasti akan berkembang terus ke tahap yang lebih tinggi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China