Upacara menjalinkan persahabatan "Bandar Mempesona " dari 11 buah negara yang menyertai Ekspo China-ASEAN ke-7 berlangsung di Nanning semalam.
"Bandar Mempesona " melibatkan bandar di China dan 10 buah di negara-negara ASEAN, iaitu Qinzhou Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China, Seri Begawan di Brunei Darussalam, provinsi Kampong Cham di Kemboja, Surakarta di Indonesia, Khammouan di Laos, Melaka di Malaysia, Mandalay di Myanmar, Zamboanga di Filipina, Bandar Singpura di Singapura, Chiang Rai di Thailand dan Da Lat di Vietnam.
Ketua Setiausaha Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Zheng Junjian menyatakan bahawa "Bandar Mempesona" di China dan negara-negara ASEAN ini akan mempamerkan peluang perdagangan yang amat besar yang muncul sepanjang proses pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, sekaligus menghidangkan pertunjukan yang bercirikan budaya masing-masing dalam tempoh ekspo ini.