Mesyuarat Peringkat Menteri Pertanian dan Hutan ASEAN-China, Jepun dan Republik Korea yang berlangsung sehari telah diadakan di Phnom Penh, Kemboja semalam. Para peserta sidang sepakat menyatakan akan terus meningkatkan kerjasama dalam bidang pembangunan pertanian dan hutan serta keselamatan bahan makanan.
Menurut perisytiharan bersama sidang tersebut, negara-negara yang terlibat menyokong dan menggalakkan kerjasama dalam sektor bahan makanan, pertanian dan hutan. Perisytiharan tersebut turut menegaskan bahawa, keselamatan bahan makanan merupakan satu aspek penting untuk merealisasikan pembangunan sosioekonomi dan kestabilan serantau yang berterusan.
Naib Menteri Pertanian China, Gao Hongbin dalam sidang tersebut menyatakan bahawa masih wujud beberapa unsur yang tidak menentu dalam sektor keselamatan bahan makanan di dunia dan serantau. Jadi, negara-negara serantau perlu lebih memberikan perhatian kepada isu makanan dan industri pertanian.