Ruang pameran barangan negara ASEAN mendapat sambutan yang amat baik dalam Ekspo China-ASEAN Ke-7 yang berlangsung di Nanning, Guangxi China pada 19-24 Oktober. 6 buah negara ASEAN, iaitu Malaysia, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam mempunyai ruang pameran sendiri dalam ekspo tersebut. Antara produk negara ASEAN yang mempunyai keistimewaan sendiri dalam ekspo itu termasuk produk pertanian, perabot, kraftangan, barang kemas dan barang kegunaan harian.