Jumlah perdagangan dua hala antara China dengan negara ASEAN mencecah 211.3 bilion dolar Amerika dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini, meningkat 43.7% berbanding masa yang sama tahun lalu.
Dalam perdagangan antara kedua-dua pihak, Thailand antara negara ASEAN yang memperoleh keuntungan yang paling besar daripada Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) yang mula beroperasi pada awal tahun ini. Produk yang dieksport dari negara itu ke China menikmati status bebas tarif sebanyak 40.79 juta dolar Amerika. Di samping itu, Vietnam dan Indonesia yang juga memperoleh keuntungan yang besar daripada CAFTA, khususnya dalam perdagangan sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga dengan China.