Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah berlepas dari Beijing pagi tadi untuk menghadiri siri sidang kemuncak Asia Timur yang dijadualkan di Hanoi. Ini merupakan lawatan pertama pemimpin China itu selepas selesai menghadiri Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat ke-17 Parti Komunis China, dan juga merupakan lawatan diplomatik penting pemimpin tersebut ke negara jiran.
Sebelum lawatan ini, Penolong Menteri Luar China, Hu Zhengyue menyatakan bahawa dalam tempoh lawatan itu, Wen Jiabao akan bertukar-tukar pendapat dengan para pemimpin dari negara lain tentang kaedah untuk menggalakkan kerjasama dan integrasi Asia Timur, dan meningkatkan daya saing serta memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.