China akan bersungguh-sungguh melaksanakan "Perisytiharan Tindakan Pelbagai Pihak tentang Laut China Selatan" dengan negara terbabit, meningkatkan hubungan saling mempercayai, persahabatan dan kerjasama, memelihara kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan, serta menyelesaikan perselisihan dua hala dengan baik.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika ditemui oleh rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Tan Dung di hanoi semalam. Wen Jiabao menegaskan peri pentingnya menyelesaikan masalah Laut China Selatan demi menjaga perkembangan hubungan antara kedua-dua negara. China dan Vietnam telah menubuhkan mekanisme rundingan dan berharap supaya perjanjian berkait dengan hal-hal dasar yang mengarahkan kepada penyelesaian masalah tersebut ditandatangani dengan seawal mungkin.
Ketika bertemu dengan Wen Jiabao, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan, pihaknya mengalu-alukan penyelesaian masalah Laut China Selatan itu melalui rundingan dua hala, dan tidak diantarabangsakan atau melibatkan pelbagai pihak.